Friday, October 16, 2009

Shane McMahon resigns

Written: October 16, 2009

Shane McMahon announced Friday morning that he has tendered his resignation as WWE's Executive Vice Preisdent, Global Media.

It is with great sadness that I announce my resignation from the WWE, effective January 1, 2010.

I have never even considered a future outside the walls of the WWE. However, sometimes life takes an unexpected turn and while it is the most difficult decision I have ever made, it is time for me to move on.

First and foremost, I would like to thank my father for the incredible education working with him has provided and for giving me the opportunity to play a role in building WWE into the global phenomenon that it is today. I am extremely proud to have been the 4th generation in this business, and I am grateful for everyday I was able to work along side not only my own, but the entire WWE family.

Thank you to all of the WWE Superstars both past and present for your passion, pride and dedication. You are truly the engine of the organization and it has been a pleasure to work with, learn from and get to know all of you. Thank you for the privilege of sharing the stage with you and for allowing me to become but a momentary member of your elite brotherhood. I have so much appreciation for the many sacrifices you endure, both physically and personally, to make this business the success that it is. The respect I have for each of you is immeasurable.

Finally, there are no words to express my gratitude to WWE fans the world over for supporting this company through good times and bad and for your unbridled passion that fuels the Superstars’ performances. I am profoundly grateful to have been able to entertain you both in front of the camera and from behind the scenes. You are the greatest fans in the world.

I will always love this business and will remain a fan forever.

Shane

Click here for the official press release.

Thursday, October 15, 2009

Inilah Wajah Peserta Sehati Berdansa 3




Segala teka-teki telah berakhir apabila 9 pasangan selebriti kan berentap dalam program realiti tarian popular, Sehati Berdansa 3 (SB3) yang akan memulakan siarannya mulai 17 Oktober ini.

Mereka yang terpilih adalah Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail; Isma & Zul; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana; serta Didie & Isham Ismail
Pengumuman senarai peserta telah diadakah sebentar tadi di Hotel Sunway Resorts, dengan dihadiri oleh semua pasangan terbabit.

Program popular siaran Astro Ria ini akan kembali menemui peminat bermula 17 Oktober ini, jam 9 malam menerusi program pengenalan iaitu Kenali Pasangan Sehati Berdansa 3.

Sekali lagi murai.com.my dipilih sebagai portal hiburan rasmi program itu. Inilah masanya peminat dapat mengikuti perkembangan mutakhir tentang pertandingan itu terutama paparan berita dan gosip.

Anda boleh mendapatkan liputan eksklusif menerusi laman mikro khas iaitu Sehati Berdansa3@murai.com.my. Turut dimuatkan paparan video sebalik tabir, foto serta latar belakang peserta musim ini.

Sebelum ini pihak Astro telah membuat pengumuman bahawa hos utama adalah Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad yang mana mereka akan mengendalikan Malam Sehati Berdansa 3 serta Kenali Sehati Berdansa 3. Scha yang juga pelakon Awan Dania telah dipilih menggantikan tempat Linda Onn sebagai hos baru SB3

Manakala Awal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Shaari akan mengendalikan 4 program iaitu Debaran Sehati Berdansa 3, Detik Sehati Berdansa 3, Di Sebalik Sehati Berdansa 3 dan Memori Sehati Berdansa 3.
Berikut adalah senarai program SB3:

Kenali Sehati Berdansa 3
17 & 18 Oktober, Sabtu & Ahad, 9 Malam

Detik Sehati Berdansa 3
Bermula 19 Oktober, Setiap Isnin – khamis, 9 - 9.05 Malam

Di Sebalik Sehati Berdansa 3
Bermula 23 Oktober, Setiap Jumaat, 9 Malam

Malam Sehati Berdansa 3
Bermula 24 Oktober, Setiap Sabtu, 9 Malam

Debaran Sehati Berdansa 3
Bermula 25 Oktober, Setiap Ahad, 9 Malam

Kau Dan Aku Cetuskan Fenomena Baru






KUALA LUMPUR, 15 OKTOBER 2009:
Bermula Sabtu, 24 Oktober 2009, drama bersiri terbaru yang paling ditunggu-tunggu, Kau & Aku akan ke udara di Astro Ria. Drama yang dilakonkan oleh ramai artis popular terutama bintang Akademi Fantasia (AF) itu dijangka mencetuskan fenomena baru dalam dunia hiburan khususnya remaja.

Drama itu dibintangi oleh Aril, Akim, Mila, Noni, Ika Nabila, Raja Farah, Azizah Mahzan, Riezman, Sherry Merlis, Sabrina Ali Khan, penyanyi Nurul Huda Wahab, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom serta bakat Astro seperti Farish, Zoey dan Amar.

Pengurus Saluran Astro RIA, Khairul Mizan Shagul, berkata inilah drama bersiri yang terbesar terbitan Astro yang dihasilkan untuk tatapan penonton setia Astro terutama sekali golongan remaja yang mengikuti program AF.

"Kami yakin Kau & Aku bakal menarik perhatian penonton apabila ia menampilkan ramai pelakon dan bintang AF. Selain lakonan, penonton juga boleh melihat aksi artis-artis ini menari dan menyanyi pada setiap episod. Lebih menarik, terdapat 10 lagu terbaru untuk drama ini seperti Kau & Aku (Akim & Mila), Menatap Matamu (Aril) dan Jika Kau Berubah Fikiran (Mila)," katanya pada sidang media drama itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Kau & Aku turut mengundang beberapa bintang AF yang lain seperti Hafiz, Stacy dan Dafi yang membuat penampilan istimewa.

Drama ini mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impian dan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya di antara persahabatan Mila dan Akim yang memutikkan cinta remaja. Namun segalanya tidak seindah yang disangka apabila munculnya watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati terhadap mereka.

Portal hiburan rasmi drama bersiri ini, murai.com.my juga turut mengadakan pertandingan karaoke lagu-lagu runut bunyi dari drama bersiri ini secara online.