Inilah Wajah Peserta Sehati Berdansa 3
Segala teka-teki telah berakhir apabila 9 pasangan selebriti kan berentap dalam program realiti tarian popular, Sehati Berdansa 3 (SB3) yang akan memulakan siarannya mulai 17 Oktober ini.
Mereka yang terpilih adalah Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail; Isma & Zul; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana; serta Didie & Isham Ismail
Pengumuman senarai peserta telah diadakah sebentar tadi di Hotel Sunway Resorts, dengan dihadiri oleh semua pasangan terbabit.
Program popular siaran Astro Ria ini akan kembali menemui peminat bermula 17 Oktober ini, jam 9 malam menerusi program pengenalan iaitu Kenali Pasangan Sehati Berdansa 3.
Sekali lagi murai.com.my dipilih sebagai portal hiburan rasmi program itu. Inilah masanya peminat dapat mengikuti perkembangan mutakhir tentang pertandingan itu terutama paparan berita dan gosip.
Anda boleh mendapatkan liputan eksklusif menerusi laman mikro khas iaitu Sehati Berdansa3@murai.com.my. Turut dimuatkan paparan video sebalik tabir, foto serta latar belakang peserta musim ini.
Sebelum ini pihak Astro telah membuat pengumuman bahawa hos utama adalah Scha Al Yahya dan Fahrin Ahmad yang mana mereka akan mengendalikan Malam Sehati Berdansa 3 serta Kenali Sehati Berdansa 3. Scha yang juga pelakon Awan Dania telah dipilih menggantikan tempat Linda Onn sebagai hos baru SB3
Manakala Awal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Shaari akan mengendalikan 4 program iaitu Debaran Sehati Berdansa 3, Detik Sehati Berdansa 3, Di Sebalik Sehati Berdansa 3 dan Memori Sehati Berdansa 3.
Berikut adalah senarai program SB3:
Kenali Sehati Berdansa 3
17 & 18 Oktober, Sabtu & Ahad, 9 Malam
Detik Sehati Berdansa 3
Bermula 19 Oktober, Setiap Isnin – khamis, 9 - 9.05 Malam
Di Sebalik Sehati Berdansa 3
Bermula 23 Oktober, Setiap Jumaat, 9 Malam
Malam Sehati Berdansa 3
Bermula 24 Oktober, Setiap Sabtu, 9 Malam
Debaran Sehati Berdansa 3
Bermula 25 Oktober, Setiap Ahad, 9 Malam
No comments:
Post a Comment